Apakah itu tekanan darah tinggi?
Ia bermakna saluran darah anda menjadi sempit sehingga jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu. Bila ini terjadi darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis. Jantung sekarang terpaksa berkerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini. Oleh yang demikian, tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm hg untuk tekanan sistolik dan lebih tinggi atau bersamaan 90mm Hg untuk tekanan diastolik, walaupun dalam masa rehat. Kadang-kala darah beku terjadi di celah-celah saluran arteri yang sempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar).
Tekanan darah tinggi dikenali sebagi "pembunuh senyap" kerana ia tidak menunjukkan sebarang gejala. Ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius dan kadang-kala boleh mengancam nyawa seseorang itu jika tidak dirawat. Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik.
lagi informasi https://www.facebook.com/opielsecret/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan