CORDYCEPS TU APE???
.
.
Cordyceps sinesis ialah sejenis sejenis fungus atau cendawan yang tumbuh subur di kawasan pergunungan yang mempunyai ketinggian melebihi 3500 meter dari paras laut. Ia banyak di perolehi di pergunungan China, Tibet, Nepasl dan Himalaya.
Cordyceps sineses di kategorikan sebagai salah satu herba yang sangat bernilai tinggi dalam       perubatan tradisional China dan sains perubatan moden.
.
.
Penggunaan Cordyceps dalam perubatan China mula direkodkan dalam "Ben-Cao-Cong-Xin" (New Compilation
of Materia Medica) oleh Wu-Yiluo semasa Dinasti Qing.
Orang China menggunakan Cordyceps sejak 3000 tahun lalu untuk merawat masalah paru-paru, hati, jantung dan penyakit buah pinggang, merawat barah, melegakan sakit, dan meningkatkan kesihatan dan panjang usia.Malah,ia dijadikan ramuan herba utama dalam sejarah Maharaja China untuk menguatkan badan, mati pucuk, kelesuan akibat penyakit dan sakit badan.
.
.
Manakala kajian oleh para saintis dari University of Nottingham di Great Britain tentang bagaimana Cordiceps dapat melawan kanser telah didokumentasikan dalam Journal of Biological Chemistry. Dr Cornelia de Moor dan rakannya telah meneliti ubat yang disebut cordycepin ini mempunyai dua kesan penting pada sel yang boleh mempengaruhi pertumbuhan tumor ganas. Cordycepin menghalang pertumbuhan tumor yang tidak terkawal dan mengelakkannya dari terus merebak serta menghalang pertumbuhan sel2 yang tidak baik."Penemuan kami akan membuka kemungkinan pelbagai kanser yang berbeza boleh diubati dengan cordycepin," ujar Dr de Moor.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan