KAJIAN MENDAPATI APPLE STEM CELL BOLEH MEREMAJAKAN KULIT- DR FRED ZULLI, PENGURUS UNIT PERNIAGAAN MIBELLE BIOCHEMISTRY SWITZERLAND.
.
.
Dr Fred Zulli berkata, pengambilan sebiji epal atau jusnya setiap hari mampu melambatkan proses penuaan.
.
"Sel stem epal berkesan menjadikan seseorang individu itu kembali merasai nikmat keremajaan dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit serta membaiki epidermis iaitu lapisan luar kulit selain membentuk pigmen kulit".
.
"Sel hayat dalam badan manusia mempunyai jangka hayat terhad disebabkan faktor peningkatan usia selain keadaan persekitaran dan pemakanan harian yang tidak sihat".
.
"Ia secara tidak langsung menyebabkan kulit kurang anjal dan tegang serta otot tisu pada kulit mengedut, sekaligus mempercepatkan proses penuaan," katanya
.
Hasil kajian turut mendapati epal bukan sahaja dianggap bahan anti-pengoksida, malah ia berupaya mencegah penyakit barah.
.
Apple stem cell mampu memberi kesan positif kepada manusia kerana ia berupaya memperbaiki tisu dan sel dalam badan disamping menggalakkan penghasilan sel baru. Ia juga boleh membantu melindungi sel induk kulit manusia daripada unsur yang boleh merosakkan kulit seperti sinaran ultra ungu (UV).
.
Sejarah terciptanya formula yg menggunakan Apple Stem Cell ini apabila rata-rata penduduk di Switzerland mengamalkan memakan sejenis buah epal diberi nama Uttwiler Spatlauber yang membekalkan banyak khasiat kepada kesihatan. Buah epal Uttwiler Spatlauber ini sangat istimewa kerana ia berupaya kekal segar dalam tempoh 6 hingga 8 bulan walaupun tidak diletakkan di dalam peti sejuk. Lebih menarik buah ini kaya dengan phytonutrien, protein dan mempunyai sel hidup yang tahan lama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan