KOLAGEN TAK HALAL?? - KAJIAN DARIPADA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TENTANG KOLAGEN IKAN MERAH
.
Pada masa kini produk kesihatan yang mengandungi kolagen begitu popular bagi kecantikan kulit wajah dan mendapatkan bentuk badan yang menarik. Kolagen adalah sejenis protein untuk memelihara keremajaan serta keanjalan kulit. Namun sedarkah anda kebanyakan kolagen yang terdapat di pasaran kini dihasilkan daripada khinzir atau haiwan lain yang diragui status halalnya?
.
Pengarah projek kajian, Prof. Dr. Jamilah Bakar berkata pasukannya telah menjalankan kajian selama 12 tahun bagi membangunkan sendiri teknologi pengekstrakan kolagen akuatik daripada kulit ikan tilapia dan ianya ternyata membuahkan hasil apabila negara kini mempunyai kilang pengekstrak kolagen halal daripada kulit ikan tilapia yang pertama di rantau ini.
.
“Masyarakat kini mula menyedari kepentingan kelogen yang berfungsi memelihara kecantikan kulit, mempercepatkan penyembuhan luka serta membantu memulihkan kekenyalan otot dan masalah sendi.
“Pelbagai rangkaian produk berasaskan kolagen dijual di pasaran, namun difahamkan tiada sumber kolagen yang dihasilkan dalam negara dan menyebabkan ia banyak diimport dari China dan Korea Selatan yang diragui status halalnya”
“Kami adalah yang pertama di rantau ini yang menghasilkan kolagen akuatik yang benar-benar diyakini status halalnya,”
.
Prof. Dr. Jamilah berkata bagi menghasilkan kolagen daripada kulit ikan tilapia, ia memerlukan beberapa peringkat iaitu pembersihan kulit-kulit ikan, pengekstrakan menghasilkan kolagen, pembersihan kolagen dan penghasilan serbuk kolagen.
.
Katanya pada peringkat pertama, kulit-kulit ikan yang terpilih akan dibersihkan terlebih dahulu untuk menghilangkan kotoran dan lendiran yang melekat pada kulitnya. Proses pembersihan dilakukan dengan menggunakan beberapa bahan kimia yang tidak
berbahaya, namun ia bergantung kepada jenis kulit ikan yang ingin dibersihkan.
“Ketika proses pengekstrakan, ia juga menggunakan beberapa gabungan bahan kimia bergantung kepada kulit ikan dan kolagen yang ingin dihasilkan.Sesetengah kulit ikan akan menghasilkan kolagen yang bergred tinggi dan ada sesetengah daripadanya menghasilkan kolagen bergred sederhana dan rendah.“Kos untuk mengekstrak juga berbeza kerana menggunakan bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis kulit ikan,” katanya.
Semasa proses membersih bahan kolagen menurut Prof. Dr. Jamilah, ia juga dilakukan
dalam beberapa peringkat yang bertujuan untuk meningkatkan peratus kandungan kolagen.Pembersihan yang dilakukan itu bergantung kepada produk yang ingin dihasilkan sama ada
untuk produk makanan atau farmaseutikal.Kolagen untuk bahan farmasuetikal kebiasaannya agak remeh dan memerlukan tiga hingga empat proses berbanding produk makanan.
Peringkat terakhir adalah pengeringan untuk tujuan komersial.Proses pengeringan terbahagi dua jenis iaitu drying dan freezing. Menurut beliau kebanyakan kolagen yang ingin dikomersialkan dilakukan dengan cara drying untuk menghasilkan serbuk kolagen.Selepas proses pengeringan, bahan kolagen tersebut akan dibungkus dan dikategorikan mengikut produk yang ingin dihasilkan.
.
Prof. Dr. Jamilah berkata produk kolagen yang dihasilkan daripada kulit ikan tilapia itu boleh digunakan untuk pelbagai tujuan sama ada dalam bentuk minuman, makanan serta produk peribadi.Beliau berharap hasil penemuan itu memberi satu perspektif baru kepada pengguna kolagen halal dalam semua produk kosmetik atau makanan tambahan selain menyokong industri halal negara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan