KOLAGEN TAK HALAL?? - KAJIAN DARIPADA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TENTANG KOLAGEN IKAN MERAH
.
Pada masa kini produk kesihatan yang mengandungi kolagen begitu popular
bagi kecantikan kulit wajah dan mendapatkan bentuk badan yang menarik.
Kolagen adalah sejenis protein untuk memelihara keremajaan serta
keanjalan kulit. Namun sedarkah anda kebanyakan kolagen yang terdapat di
pasaran kini dihasilkan daripada khinzir atau haiwan lain yang diragui
status halalnya?
.
Pengarah projek kajian, Prof. Dr. Jamilah
Bakar berkata pasukannya telah menjalankan kajian selama 12 tahun bagi
membangunkan sendiri teknologi pengekstrakan kolagen akuatik daripada
kulit ikan tilapia dan ianya ternyata membuahkan hasil apabila negara
kini mempunyai kilang pengekstrak kolagen halal daripada kulit ikan
tilapia yang pertama di rantau ini.
.
“Masyarakat kini mula
menyedari kepentingan kelogen yang berfungsi memelihara kecantikan
kulit, mempercepatkan penyembuhan luka serta membantu memulihkan
kekenyalan otot dan masalah sendi.
“Pelbagai rangkaian produk
berasaskan kolagen dijual di pasaran, namun difahamkan tiada sumber
kolagen yang dihasilkan dalam negara dan menyebabkan ia banyak diimport
dari China dan Korea Selatan yang diragui status halalnya”
“Kami adalah yang pertama di rantau ini yang menghasilkan kolagen akuatik yang benar-benar diyakini status halalnya,”
.
Prof. Dr. Jamilah berkata bagi menghasilkan kolagen daripada kulit ikan
tilapia, ia memerlukan beberapa peringkat iaitu pembersihan kulit-kulit
ikan, pengekstrakan menghasilkan kolagen, pembersihan kolagen dan
penghasilan serbuk kolagen.
.
⏩Katanya
pada peringkat pertama, kulit-kulit ikan yang terpilih akan dibersihkan
terlebih dahulu untuk menghilangkan kotoran dan lendiran yang melekat
pada kulitnya. Proses pembersihan dilakukan dengan menggunakan beberapa
bahan kimia yang tidak
berbahaya, namun ia bergantung kepada jenis kulit ikan yang ingin dibersihkan.
⏩
“Ketika proses pengekstrakan, ia juga menggunakan beberapa gabungan
bahan kimia bergantung kepada kulit ikan dan kolagen yang ingin
dihasilkan.Sesetengah kulit ikan akan menghasilkan kolagen yang bergred
tinggi dan ada sesetengah daripadanya menghasilkan kolagen bergred
sederhana dan rendah.“Kos untuk mengekstrak juga berbeza kerana
menggunakan bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis kulit
ikan,” katanya.
⏩Semasa proses membersih bahan kolagen menurut Prof. Dr. Jamilah, ia juga dilakukan
dalam beberapa peringkat yang bertujuan untuk meningkatkan peratus
kandungan kolagen.Pembersihan yang dilakukan itu bergantung kepada
produk yang ingin dihasilkan sama ada
untuk produk makanan atau
farmaseutikal.Kolagen untuk bahan farmasuetikal kebiasaannya agak remeh
dan memerlukan tiga hingga empat proses berbanding produk makanan.
⏩Peringkat
terakhir adalah pengeringan untuk tujuan komersial.Proses pengeringan
terbahagi dua jenis iaitu drying dan freezing. Menurut beliau kebanyakan
kolagen yang ingin dikomersialkan dilakukan dengan cara drying untuk
menghasilkan serbuk kolagen.Selepas proses pengeringan, bahan kolagen
tersebut akan dibungkus dan dikategorikan mengikut produk yang ingin
dihasilkan.
.
Prof. Dr. Jamilah berkata produk kolagen yang
dihasilkan daripada kulit ikan tilapia itu boleh digunakan untuk
pelbagai tujuan sama ada dalam bentuk minuman, makanan serta produk
peribadi.Beliau berharap hasil penemuan itu memberi satu perspektif baru
kepada pengguna kolagen halal dalam semua produk kosmetik atau makanan
tambahan selain menyokong industri halal negara.