GAUT?

GAUT?

Terjadi apabila asid urik tersumbat dan mendak di dalam sendi atau urat. 



Selain daripada rawatan dan pengamalan makanan tambahan anda juga digalakkan menjaga pemakanan untuk elakkan serangan gout pada masa depan. Berikut adalah senarai “Penyakit Gout dan Pantang” yang anda perlu ambil perhatian:
  • Kurangkan atau berhenti ambil daging merah atau organ dalaman. Ini kerana daging merah dan organ dalaman adalah kaya dengan purine yang merupakan bahan mentah penghasilan asid urik. 
  • Elakkan daripada makan cendawan dan kekacang.Makanan kekacang dan cendawan kaya dengan protein yang boleh meningkatkan tahap asid di dalam badan dan kemudian mencetuskan serangan gout.
  • Minum air dengan kerap. Air boleh membantu meneutralkan asid urik di dalam badan mengeluarankan asid urik melalui air kencing.
  • Jangan melakukan senaman yang kuat seperti  bermain bola. Kalau anda pernah diserang gout beberapa kali sebelum ini, tentu terdapat baki asid urik di dalam sendi-sendi yang pernah diserang sebelum ini. Impak gegeran daripada aktivit sukan akan membangkit asid urik yang lama dan menyebabkan serangan gout yang baru.
  • Jangan gunakan ais untuk hilangkan sakit gout. Suhu rendah a menggalakkan pembentukan gumpalan asid urik yang baru dan seterusnya mencetuskan serangan gout. Kalau anda hendak legakan sakit gout, boleh cuba rendamkan kaki di dalam air suam panas selamat 15 minit. Ini boleh bantu menggalakkan pengaliran darah untuk bawa keluar asid urik daripada sendi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan