Bila tidak dapat tidur lena ketika malam maka mudahlah di pagi hari kita mengantuk dan kurang produktiviti lalu apabila di tempat kerja kita tidak dapat berkerja dengan hebat.
Bahkan perkara ini sudah lama berlarutan, cuma saja tidak ambil tahu tentangnya. Tetapi lama kelamaan masalah ini sudah jadi konsisten.
Lebih teruk lagi, ponteng kerja juga berterusan. Itu yang tidak dapat diterima.
Sungguh dahsyat sebenarnya bila kita susah tidur malam. Jadi, kita harus mengambil dan mengetahui apakah punca-punca yang menyebabkan kita tidak boleh tidur malam dengan lena.
Sy cuba menjadikan diri sy sebagai bahan eksperimen dalam masalah ini. Dan saya dapati, ada beberapa faktor yang menyebabkan saya susah nak tidur. Antara faktor-faktornya:-
- Stress,banyak sangat berfikir dan risaukan perkara-perkara yang mungkin berlaku keesokkan hari
- Tengok tv sampai tak sedar hari dah lewat malam
- Baca buku sampai tak perasan dah pukul 3 pagi (ini bagi orang yg minat membaca sahaja)
- 'Ter'minum kopi sebelum tidur
Tapi saya ada satu cara mudah untuk atasinya,sapu je dapat tidur lena. Murah dan berkesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan